SAIFULZA PRINT merupakan milik penuh SAIFULZA RESOURCES (SA 0425804-P) yang telah ditubuhkan secara rasmi pada November 2010 khusus untuk menyediakan perkhidmatan percetakan berkualiti tinggi, murah dan cepat. Dengan perkembangan teknologi, kami juga telah menyediakan platform pesanan melalui atas talian (Online) untuk banner, bunting, brochures, flyers dan sebagainya. Dengan perkembangan teknologi yang berterusan, kami komited untuk memastikan setiap hasil usaha kami selaras dengan perkembangan teknologi ini.
Selain daripada itu, dalam memastikan ianya memberi daya saing kami juga menyediakan perkhidmatan reka bentuk grafik, pengedaran dan pemasangan. Melalui syarikat VERTECH AUTO TRADING (VAT), kami juga mengedarkan minyak enjin berprestasi tinggi atas jenama VERTECH OIL, mengedar pelbagai jenis mesin dan juga peralatan industri serta beberapa produk yang berkaitan dengan cabang niaga ini.
Komitmen pengurusan dan pekerja kami adalah untuk menyelesaikan semua tugasan dan kerja yang diberikan dengan tepat dan betul mengikut masa yang telah ditetapkan. SAIFULZA PRINT telah mengambil masa bertahun-tahun untuk membina reputasi dalam perkhidmatan serta kualiti yang terbaik pada landasannya. Ini telah menjadi nadi dalam perniagaan ini dan kami akan terus mengutamakan Penghantaran yang Tepat, Harga yang Kompetitif dan menghasilkan Produk yang Berkualiti sejajar dengan keperluan semasa pelanggan kami.
MISI
Mencapai kejayaan bersama pelanggan, rakan niaga dan pekerja di samping bersama-sama menyumbang kepada masyarakat yang makmur dan berjaya.
POLISI PENGURUSAN
Mengambil cabaran inovasi dan perkembangan teknologi serta keperluan kebolehpasaran sebagai sebuah syarikat yang lebih berdaya saing.
VISI
Memperluaskan kebolehpasaran serta mempelbagaikan operasi syarikat untuk memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada industri, pengguna dan masyarakat.
GARIS PANDUAN
Memberikan kepuasan kepada pelanggan melalui kreativiti, inovasi, kepelbagaian pilihan, ikhlas serta sentiasa bersyukur selaras dengan keperluan serta mengikut keperluan undang-undang.
0 Reviews:
Post Your Review