Soalan Lazim - SAIFULZA ONLINE | CETAK HANYA DI HUJUNG JARI

Soalan Lazim

SOALAN-SOALAN LAZIM

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau soalan, sila email ke saifulzar@gmail.com atau WhatsApp terus ke talian +6017-603 9305 (Nizam Musa)

S : Adakah anda menawarkan khidmat rekabentuk grafik/artwork?
J : Ya. Kami menyediakan perkhidmatan tersebut dengan kadar tertentu. Sila hubungi kami untuk mendapatkan sebutharga.

S : Adakah SAIFULZA PRINT menyediakan khidmat pengesahan artwork?
J : Ya. Kami menyediakan khidmat pengesahan artwork dalam file .pdf secara online. Jika anda memerlukan sampel untuk tujuan pengesahan artwork, caj akan dikenakan. Ia merupakan sampel warna penuh dari file sebenar yang akan dicetek.

S : Bolehkah saya menukar design selepas pengesahan untuk cetakan dibuat?
J : Tidak. Anda tidak boleh menukar design selepas design dihantar untuk proses cetakan.

S : Adakah warna produk yang dicetak 100% sama dengan warna artwork yang diberikan?
J : Tidak. Seperti yang diketahui, di dalam industri percetakan kini tidak ada lagi ketepatan 100% dilaporkan dengan teknologi yang ada sekarang ini. Walau bagaimanapun, kebanyakan kilang percetakan menggunakan warna CMYK sebagai warna utama. Anda dinasihatkan untuk menggunakan warna CMYK untuk setiap design atau arwork yang dibuat.

S : Bolehkah saya mencetak apa sahaja yang saya perlukan?
J : Boleh selagi bahan cetakan tidak melanggar akta mesin cetak dan penerbitan Malaysia. Kami tidak akan mencetak bahan-bahan yang melanggar akta mesin cetak dan penerbitan. Ini termasuk maklumat berkaitan politik, agama dan bangsa serta berkaitan dengan sensitiviti. Pihak kami tidak bertanggungjawab dengan apa jua bahan cetak yang melanggar undang-undang.

S : Bolehkah anda edit design/artwork pada business card yang disedikan oleh saya?
J : Tidak. Jika ada sebarang perubahan pada design kad nama, caj tambahan akan dikenakan bergantung kepada tahap kesulitan design tersebut.

S : Perlukah saya menyediakan artwork dengan saiz yang sebenar atau memerlukan sebarang kawasan bleed untuk artwork?
J : Setiap artwork yang dihantar memerlukan kawasan bleed.

S : Berapakah resolusi yang diperlukan untuk setiap imej?
J : Untuk hasil cetakan yang berkualiti tinggi, resolusi 300 dpi atau lebih diperlukan.

S : Apakah format yang sesuai untuk tujuan cetakan?
J : PDF atau Illustrator dengan outline dan setiap imej perlu embed untuk memastikan tiada pautan imej atau tulisan yang hilang. Akan tetapi, file dalam bentuk PSD atau Photoshop juga diterima. Pastikan juga artwork tidak terkeluar dari kawasan cetakan.

S : Adakah warna pada skrin monitor sama seperti warna cetakan?
J : Tidak. Warna pada monitor dalam mode RGB tetapi untuk cetakan dalam mode CMYK. Kesamaan warna adalah sehingga 80% sahaja.

S : Sekiranya saya perlukan hot stamping, emboss atau spot UV, bagaimana saya perlu menyediakan artwork?
J : Untuk setiap cetakan yang perlukan hot stamping, emboss atau Spot UV, anda perlu mengasingkan layer untuk setiap artwork yang anda perlukan hot stamping, emboss atau Spot UV tersebut dengan saiz yang sama dengan artwork. Untuk hasil yang lebih tepat, sila hubungi kami untuk bantuan.

S : Bolehkah saya menggunakan imej atau gambar dari internet?
J : Setiap gambar yang diambil dari internet kebiasaannya dalam resolusi 72 dpi. Ianya tidak berapa sesuai untuk menghasilkan cetakan yang cantik. Imej atau gambar ini akan 'pecah' atau kabur. Walau bagaimanapun, anda boleh periksa dahulu gambar tersebut sebelum dihantar untuk cetakan.

S : Bagaimana untuk menyediakan artwork untuk cetak booklet?
J : Cara yang terbaik adalah menyediakan artwork mengikut muka surat. Walau bagaimanapun, anda dinasihatkan untuk mendapatkan template dari kami.


0 Reviews:

Post Your Review